Sukan?

Seperti mana yang tertera di tajuk, kali ini saya akan membicarakan sedikit sebanyak tentang aktiviti sukan yang anda boleh lakukan di Mahsa Bandar Saujana Putra. Bukan setakat tu jee, anda juga mungkin akan disajikan dengan kekurangan-kekurangan Mahsa terutamanya yang berkaitan dengan kemudahan dan akses sukan yang disediakan buat masa ini.

Sorry laa yee tetiba jee cite pasal sukan kat Mahsa setelah sekian lama tak update blog ni. Sebenarnya takdelah busy mana pun (as a 1st year dentistry student), tapi baru teringat nak jenguk2 blog and baru tersedar rupa-rupanya dah lama tak update blog kahkah. Adakah saya perlu set reminder di dalam fon supaya sentiasa meng'update' blog? xD. Worry not, later in the future (keep hoping readers) I will try to find and make time to update my journey from the first day i came to mahsa and maybe if you're lucky enough, you will know why we (JPA students) were sent to Mahsa and also where and which country that we should have been sent to in the first place after graduating from KTT in a-level programme.

(p/s: to those who are interested to know further details about my posts or any other thing that you might wanna know, just contact me through instagram or twitter (sorry cannot give you ws number because my number is so precious kahkah).
*cerita baru nak start*

         Sebelum masuk mahsa, aku selalu berharap yang universiti ni menyediakan fasiliti sukan yang sama macam uni lain - ada court futsal at least dua kee, and court bola tampar (botam), basketball, badminton, tenis (not really necessary), padang at least dua beserta running track of 400m and mcm2 court lain lagi lah yang patut ada. Bukan apa, aku dah pegi kat macam2 universiti awam yang ada kat selangor ni (aku tau bukan aku sorang) and uni2 tersebut ada byk gile kemudahan and tempat bersukan. Contoh yg plg senang yg aku boleh bagi ialah UPM Serdang, sereh tak tipu yg padang sahaja dah dekat sepuluh aku rasa....ke lebih. Aku takde laa expect Mahsa supaya smpai tahap mcm tuu, tapi at least sediakan lah satu court utk sukan2 yang popular kann. Hmm tapi aku cuba laa bagi chance sbb mahsa kat tempat ni still baru kann and dlm proses penambahbaikan (nampak laa sikit effort tu) and tempat pun takde lah besar sangat.

       Sekarang ni aku nak cerita sikit sukan apa yang ada kat Mahsa. First, padang bola ada tapi sangatlah nazak keadaan permukaannya kerana rumput tidak sekata dan lagi satu lecak akan mula muncul dan susah nak kering sebaik sahaja hujan rahmat mencucuri bumi Mahsa. Kalau time musim tengkujuh you better not playing sebab walaupun kau ni jenis suka main hujan punn, kalau asal sepak bola je bola tu stop (lalu atas lopak) tak function jugak. Pastu padang ada satu je tauu, share lah sekali dgn dak cricket and dak frisbee (setiap selasa) and kalau nak main ragbi tuu ketahuilah ini bukan tempat anda. Dulu mula2 turun jugak bola, tapi lama2 penat ahh kalau asyik nak berlawan dengan air jee, dgn budak international lagi main tah pape tau gaduh tau foul jee.

     Lepas ni aku ringkaskan sikit, cam panjang je kalau nak cite semua secara detail. Bagi atlet-atlet larian, track masih belum wujud dan tidak tahu jika ia akan diwujudkan. Court yg ada setakat ni ialah court badminton, basketball, squash...tu pun mostly kat international school (jiran jee, kena jalan sikit). Tapi kali ni ada berita baik! Mahsa skrg dlm proses menyiapkan sports centre yang menempatkan pelbagai kemudahan sukan seperti kolam renang, court-court utk bbrpe jenis sukan and gym tak silap. Berita buruknya students mahsa bukan sikit tauu and court futsal still takde huhuhu.

    So buat peminat tegar futsal (hidup mati futsal), korang kena kurangkan sikit kegilaan tu sebab court paling dekat pun kat Puchong or Putrajaya zzz. Dahlah berbayar and kena travel at least 20 mins pulak tuu. Nak main hari-hari pun takleh, dah jd mcm sukan special pulak. Padahal dulu tu sukan main tiap2 petang jee.



    Kesimpulannya, bersyukur lah dengan apa yang ada kahkah. Ni nak nasihat sikit, gunakanlah masa petang tu at least dua or tiga kali seminggu untuk bersukan or beriadah. Joging slow dgn member sambil dengar lagu time broken dulu pun takpee, at least ada. Sebabb.. bila kita beriadah ni mmg badan akan rasa penat, tapi minda akan fresh tau and bila otak dah fresh secara tiba-tibanya badan kita pun akan rasa ringan and cergas, nak belajar pun ilmu mudah masuk! Selain itu, riadah juga dpt melenyapkan segala tension yg korang ada sebelum tuu, and juga in shaa Allah dpt mencegah drpd depression. Tetiba je kan nak bagi nasihat pasal benda nii hahah i know it's cliche, but most of you just take it for granted righttt?! Klaa byee

Kalau ada apa2 cadangan untuk content post nii, komen je ehh!

Keadaan terbaru padang (30/10/19)


2 Comments

Anonymous said…
Sambil dengar lagi time broken dulu uwu
Zainul Iman said…
Hahaha contoh je laa, member yg broken sbnrnye